Beras Basah
Ade sebelom dan selepas..
Contra pada hidup..
Hipokrit pada perjalanan yang dilalui..
Mengharap kan balasan yang dinanti..
Zaman sekarang 2016.. susah betol nak cari manusia ikhlas.. membuat tanpa balasan.. jgn kata kelakuan, perasaan pon memaksa2 dibalas. Menyintai hanya kerana dicintai.. bukan kerana haty yang memilih untuk mencintai.. salah ke cinta tanpa memiliki ? Salah ke rasa tanpa minta balasan ? Entah.. apa yang ditutur tidak sama dengan niat dihaty.. ape yg dijanji tak sama dengan apa yang dinanty.. apa yang diluah tak sama yg diingini.. MANUSIA, apa yang beza ? Ya niat berbeza.. manusia, sering khilaf memilih jalan.. terus menyalah kan takdir menentukan..
Ade waktu kita bukan hipokrit tapi adakala, ada haty yg perlu dijaga.. ada adab yang perlu diturut, ada budaya yang terus dipikul.. bukan kerana mencerminkan diri lain dari sebenar.. akan tetapi masih punya sedikit ilmu untuk menghormati orang lain ? Hanya mereka yang berpandangan luas mengerti. Hanya yang berfikiran panjang mampu memahami..
Faham erti beras basah ? Kekhilafan yang pernah dilakukan terhadap seseorang berulang, cermin di tapak bumi mula berfungsi.. waktu itu , tabah la wahai insan yang bernama manusia. Ye mungkin mengecewakan kamu. Terus la kuat untuk terus percaya.. tidak seperti yg kita mahu tp teruslah ikhlas kuatkan niat.. insyaAllah.. haty tetap teguh..
Tak jauh dari pandangan, tidak juga menikam hempedu.. namun teruslah tersenyum.. Sampai bila nak terus jaga haty ? Ye sampai maty. Kite bakal disakiti walau dari mana2 pihak.. pilih untuk sendiri ? Itu pilihan kamu.. teruskan.. dari terus menjaga haty.. mereka ? Bukan bidang kuasa mereka.. kamu buat ape yang kamu fikir kamu inginkan.. kamu pilih hidup kamu.. tp setiap yang kurang pasti punya sesuatu.. dan sebaliknya..
Tulisan ku bukan utnuk difahami, tapi jika kau pernah lalui.. kau pasti membaca dengan intonasi emosi diri.. 😊